PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan anak saya Nurin Khaira Batrisyia cemerlang dalam peperiksaan SPM (12A) pada tahun ini..aamiinn

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan saya murah rezki dan umur yang panjang utk menjaga mak saya.

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Moga dipermudahkan segala urusan

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Mudah mudahan dengan Asbab Sumbangan saya yang kecil ini,Allah kurniakan cita² saya untuk jadi seorang Pembantu Agama yang ikhlas semata mata kerananya,dan saya menjadi Seorang anak yang Menggembirakan Kedua Orang Tua saya

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dgn sumbangan ini sy dpt memberi sedikit pahala untk arwah ayah dan abg sy. Doakan sy kaya nnt sy tambah 1 lg kosong pd wang sumbangan

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga urusan rumah perlindungan warga emas dan sesiapa sahaja yang sedang menjaga kebajikan mereka dipermudahkan dan diluaskan rezeki didunia dan diakhirat. Mohon doakan juga urusan penjagaan nenek saya dipermudahkan, dilapangkan hati-hati kami dan diperluaskan rezeki didunia dan diakhirat. Aamiinn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: