PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

SITI MASTURA MOHAMAD

1 bulan yang lepas

Ya rabb berikan kesihatan yang baik dan sihat buat kami sekeluarga serta rezeki yang banyak dan berkat supaya kami sekeluarga serta keturunan kami dapat berbakti buat kedua ibu bapa , pasangan, anak2 , agama bangsa dan negara. Doakan kami kami berjaya dan beriman dunia akhirat . From Siti Mastura Mohamad dan maher hafizzi saifuddin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga kita semua dalam lindungan Dan mendapat rahmat-Nya ALLAH S.W.T

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Besar pahala menjaga & pelihara kebajikan orang tua tua seperti ibu bapa kita sendiri. Semoga Allah merahmati semua yang terlibat & dikurniakan kesabaran yang tinggi. Semoga warga emas di sini mendapat kehidupan yang lebih selesa & baik baik saja.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga ibu dah ayah sentiasa berada dalam rahmat Ilahi. Semoga Nazirul Mubin dapat menghafal Al Quran dengan baik. Semoga ikatan perkahwinan hingga ke akhir hayat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZNAN

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan Rumah nurehsan ni aaminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAZFINA

1 bulan yang lepas

semoga berkah dan sentiasa dlm lindungan rahmat Allah SWT

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: