PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NORLAILA AHMED DAMANHURI

1 bulan yang lepas

Ahmed Damanhuri Alawiyah Hj Hamzah Harun Majid Zanariah Hj Hamzah Semoga pahalanya mengalir kwpada ibubapa kudan mertua ku

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga saya terus dikurniakn TAAT dn KEAFIATAN utk BERAMAL dan membuat KEBAJIKAN utk EMAK, KELUARGA dan UMMAH. Semoga AMALAN MAK dan AMALAN SAYA DITERIMA dn mendapat REDHA ALLAH

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Moga Allah rahmati kedua ibu bapa saya dan dikurniakan syurga Firdaus. Juga moga Allah merahmati ibu2 serta para petugas rumah kebajikan Nur Ehsan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki penghuni dan juga penjaga rumah kebajikan ini.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROSITA MOHD ANIM

1 bulan yang lepas

Senoga penjaga & penghuni rumah ini dirahmati Allah selalu, InshaAllah.. Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

TARMIDZI

1 bulan yang lepas

Doakan kesihatan saya amiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: