PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Melihat pakcik dan makcik dalam video membuat sy teringat kepada Arwah Ayah dan Mama saya.. saya sedekahkan duit ini bagi pihak mereka.. semoga sedekah ini diterima Allah untuk arwah berdua Omar bin Abu Bakar dan Siti Zabidah binti Mohd Muzam

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah lindungi kami dan rakyat Malaysia dari bala bencana yang melanda.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan persatuan dan kami sekeluarga.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 bulan yang lepas

Semoga dmurahkan rezeki dan dpermudahkan segala urusan selalu

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Assalamualaikum, Mohon doakan saya agar Allah permudahkan urusan pekerjaan saya, luaskan rezeki saya, tenangkan hati saya, dan temukan saya dengan jodoh yang baik. Doakan juga agar Allah mengurniakan saya syurga tanpa hisab, mengampunkan dosa saya dan seluruh keluarga saya, serta menjaga kami daripada orang-orang yang jahat atau berniat jahat. Semoga Allah membalas doa dan kebaikan kalian. TQ.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga diperluaskan lagi rezeki kami sehingga boleh lagi menyumbang dikemudian hari. Semoga yang menerima dan membantu menjaga kebajikan yang memerlukan juga di kurniakan syurga buat sekeluarga. Semoga juga dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki dari segala arah yang tak disangka sangka.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: