Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
Hamba Allah
Smg terus sihat mental dan fizikal buat penjaga2 yg menjaga sesama manusia dgn baik, wpun bukan darah daging sndiri… smg dikurniakan sifat qanaah dan istiqamah dalam berbuat demikian… smg kita semua dikurniakan rezeki yg melimpah ruah, mempunyai empati yg tinggi, dan bersederhana dalam sesuatu perkara, supaya boleh menyumbang lagi banyak ke jalan Allah…Aamiinn Ya Allah Ya Mujibb
1 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Smg yg kuat mental dan fizikal, sihat tubuh badan, dikurniakan qanaah dan istiqamah senantiasa dalam menjalankan amanah Allah menjaga sesama manusia wpun bukan darah daging sendiri.. Smg kita semua dikurniakan rezeki melimpah ruah, mempunyai empati yg tinggi, dan bersederhana dalam sesuatu perkara, supaya boleh menderma lebih byk ke jalan Allah… Aamiinn ya Allah ya Mujibb
1 orang mengaminkan doa ini