PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

IZARAHAYU BINTI MA’AROF

4 jam yang lepas

Semoga penghuni2 di sini sentiasa berada dlm lindungan, rahmat & kasih syg Allah SwT. Doakan saya diampunkan Allah & terus dikurniakan taufik n hidayah drp Allah. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AMEER AIMAN BIN YUSOFF

4 jam yang lepas

Saya sedekahkan pahala sedekah ini kepada aruah ayah saya yang bernama Yusoff Bin Hj Bahari yang telah pergi untuk selama lamanya..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SALWA SELAMAT

5 jam yang lepas

Semoga makcik2 dlm jagaan sihat dan di permudahkan urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan, dan semoga nenek-nenek semua sihat aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

5 jam yang lepas

Ya Allah,dgn sedekah ini permudahkanlah urusan Nur Atiqah bt Azhar, berkati &lancarkan perancangannya. Saya mohon ibu-ibu dan semua warga Rumah Ehsan mendoakan saya yang bakal berkahwin pada 2&3Jan2026; dimurahkan rezeki,dipermudah setiap urusan,majlis berjalan lancar,makanan sedap & cukup,cuaca baik serta tetamu membawa kebaikan. Semoga Allah membalas doa kalian dengan rahmat, kesihatan&keberkatn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

5 jam yang lepas

Ya Allah,dgn sedekah ini permudahkanlah urusan Nur Atiqah bt Azhar, berkati &lancarkan perancangannya. Saya mohon ibu-ibu dan semua warga Rumah Ehsan mendoakan saya yang bakal berkahwin pada 2&3Jan2026; dimurahkan rezeki,dipermudah setiap urusan,majlis berjalan lancar,makanan sedap & cukup,cuaca baik serta tetamu membawa kebaikan. Semoga Allah membalas doa kalian dengan rahmat, kesihatan&keberkatn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: