PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 hari yang lepas

Semoga Allah luaskan rezeki kita semua dan hidup sentiasa tenang diberkati aamin yra

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

APICAS

3 hari yang lepas

Semoga sumbangan kecil ini membawa manfaat, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dan sentiasa dalam rahmat Allah Swt

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 hari yang lepas

Semoga anak2 saya menjadi anak yg soleh dan solehah, mengasihani saya d saat tua , mempunyai hati yg baik, di berikan rezeki yg halal & membantu org yg memerlukan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 hari yang lepas

Doakan saya keluarga sentiasa murah rezeki, kesihatan yg baik dan anak2 yg menjaga solat dan berakhlak mulia. Terimakasih

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI MASITAH MUSTAPHA

3 hari yang lepas

Didoakan agar kedua ibu bapa saya mustapha bin rajab dan Saudah binti sulaiman ditempatkan bersama-sama orang beriman dan diterangi kuburnya. serta mendoakan kesihatan saya baik berpanjangan , dikurniakan anak-anak yang soleh solehah bijak pandai dan selalu dimurahkan rezeki selalu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 hari yang lepas

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR.. Semoga Allah SWT perluaskan pintu² rezeqi..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: