PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan penghuni & pentadbir rumah ini. Doakan saya & suami mampu melangsaikan hutang² komitmen kami sehingga habis, dipermudahkan anak² kami menuntut ilmu & menghafaz Quran. Rezekikan kami semua husnul khotimah, dijauhi azab api neraka dan ditempatkan di syurga. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORHAFIZA BINTI MOHD JOHARI

3 minggu yang lepas

semoga ibu ibu di rumah kebajikan sihat selalu dan dilindungi Allah. Dipermudahkan segala urusan dan dapat kumpul wang untuk pembelian rumah kebajikan. semoga berbahgia semua ahli tumah kebajikan. sedekahkan alfatihah untuk arwah tok sy asmah binti osman,osman,maspora,ramli bin zakaria, zakaria dan halimah serta bapa sedara mohamed nazli. semoga kedua ibubapa sy dlm rahmat Allah dan sihat selalu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Mohon doakan arwah ibu saya Noorlaily Binti Shaharin, arwah opah Maznah Binti Hasan dan arwah atok Shaharin dicucuri rahmat Allah SWT sentiasa dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AZMAN BIN HAJI HANAPIS

3 minggu yang lepas

Ya Allah, masukknlah ayah & ibuku dlm syurgaMu Ya Allah... Aamiin 🤲🤲🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga semua urusan saya dan suami dipermudahkan..dimewahkan rezeki supaya dapat menyelesaikan hutang piutang dan dapat membantu orang2 yang memerlukan. Semoga dipermudahkan juga urusan Rumah Nur Ehsan ini. Aamiin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Mohon doakan urusan saya yang bakal menunaikan umrah pertama hujung tahun ini, dipermudahkan dan ibadah diterima oleh Allah SWT.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: