PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Lillahitala ikhlas demi allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏻

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURHAWA BALQIS

3 minggu yang lepas

mudah mudahan segala urusan yang ada di nurehsan ni sentiasa dilancarkan , juga untuk diri saya sendiri.Aamiin Ya Karim

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Ya Allah , semoga Mereka sentiasa dalam perlindungan mu , sihat kan lah mereka , berikan lah mereka tempat2 yg selesa didunia Dan diakhirat kelak , Semoga saya juga sentiasa dpt berbakti kepada ibu Dan bapa saya Dunia ini sementara mereka Masih hidup , Amiinnn ya rabb

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FIZAN RAHIM LEGACY

3 minggu yang lepas

doa kan kami sekeluarga diberi kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Ya Allah lindungilah smua insan2 ini.. permudahkanlah urusan mereka,kurniakan kesihatan yg baik,kami memohon pertolongan,rahmat dan kasih sayangmu🤲 Sedih sgt sbb dh xde mak😭 yg ada mak tpi tinggal begini😭 Allahuakhbar😭

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: