PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Ya Allah Ya Tuhan ku....mudahkan segala urusan mereka dunia dan akhirat. Kayakan daku Ya Ghani agar ku dapat membantu mereka yang memerlukan...Aamiin Ya Rabb.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MASNURAH BINTI HASSAN BASHARI

3 minggu yang lepas

semoga arwah ibu saya MASNURAH BINTI HASSAN BASHARI diberi pelindungan dan dijauhkan daripada seksaan kubur. Doakan ibu saya semoga tenang dan dimudahkan urusannya di alam sana.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Doakan smoga di permudahkan segala urusan dunia akhirat,bahagia bersama keluarga dunia akhirat.di murahkan rezeki Aamiin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ELA

3 minggu yang lepas

Semoga Allah permudahkan urusan dan kempen ini dapat di laksanakan segera dengan amanah dan jujur

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa diberkati Allah SWT.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SURIAHAYATI BINTI ZAMRI

3 minggu yang lepas

Semoga pahala sedekah jariah utk Rumah ini sampai kepada - Arwah ibu Chik Zan bt Halijah - Arwah ayah Zamri bin Bedah - Arwah suami Selamat bin Marsiah - Arwah kakak Khazaimah bt Chik Zan - Arwah pak mertua Ismail bin Hawa - Utk diri saya Suriahayati bt Zamri - Utk suami saya Alias bin Ismail - Utk adik beradik saya semua nye yg masih hidup Saya sedekah ke rumah ini kerana Allah swt. Allahuakbarr

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: