PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

semoga staff2 yg mnjaga mkcik2 ini dberi pahala yg besar dan rzeki yg luas . moga para2 mkcik dsini dpt hdup yg berkat didunia dn akhirat.. doakn sy sekeluarga smoga dberikan ksihatan dunia akhirat , rzeki melimpah ruah..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 minggu yang lepas

Doakan saya dan penyumbang3 laen dimurahkan rezeki agar dapat selalu menyumbang serta diperluaskan rezeki buat semua ibu dan ayah yg menetap di sini di berikan kesihatan dan bahagia selalu..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 minggu yang lepas

Doakan saya dan penyumbang3 laen dimurahkan rezeki agar dapat selalu menyumbang serta diperluaskan rezeki buat semua ibu dan ayah yg menetap di sini di berikan kesihatan dan bahagia selalu..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH YANG MEMERLUKAN DOA

3 minggu yang lepas

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan majlis perkahwinan Nur Atiqah bt Azhar pada 2&3 Januari 2026. Kurniakanlah kelancaran dari awal-akhir, cuaca yang baik, makanan yang mencukupi, majlis dirai meriah berkah, serta suasana yang aman dan selesa untuk semua tetamu. Ya Allah, limpahkanlah rezeki yang luas lagi diberkati kepadanya, dan jadikanlah kehidupannya tenang, bahagia serta dipenuhi rahmatMu.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga dipermudah urusan anda semua. Berdoa yg baik², semoga yg baik² datang kepada kita. Siapa tahu, mungkin kita juga akan berada di kalangan org² tua yg ditinggalkan 😢🥺

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Doakn sy dipermudahkan urusan untuk selesaikan hutang dan dimewahkan rezeki untuk bawak ma abah sy kerumah Allah dalam masa terdekat. Terima kasih.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: