PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

17 jam yang lepas

Mudah2han anak.sy putri. Nurmaisarah dicepatkan jodohnya yg baik dan dpt kerja tetap..Aamin ya robbal.alamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

17 jam yang lepas

Saya doakan semoga owner rumah rumah kebajikan ini diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan serta pahala yang tak pernah putus, amin insha Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

17 jam yang lepas

Semoga insan² ini sentiasa dlm perlindunganNya. Dipermudahkan juga segala urusan mereka..Aamiin Yaa Mujiib.🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

17 jam yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan&dimurahkan Saya sekeluarga Dunia akhirat,doakan keselamatan saudara2 Kita di Palestine... InshAllah,Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

17 jam yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kita bersama

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

17 jam yang lepas

semoga ibu bapa yang yang berada di rumah nur ehsan sentiasa di lindungi allah dan semoga dipermudahkan segala urusan team rumah nur ehsan🤲🏻 aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: