Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
Hamba Allah
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, keteguhan iman dalam diri, kestabilan emosi dalam menghadapi ujian yang diberi, fikiran yang tenang, keselamatan semasa berada dimana mana sahaja, mempermudahkan segala urusan untuk semua, juga dipermudahkan perjalanan ke syurga semua.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah jdkanlah pahala sdekah ini phala utk arwah ibu abh ku Abdul Aziz bin md Isa n saudat Binti ibrahim ank2 syurga kembarku Muhammad Muhammad berikanlah kami kkuatan ksbaran kbhgiaan suami isteri utk kmi mnjga amanahmu sembuhkanlah ank syurga kmi Muhammad Ammar Amsyar bin Azrul izuan maafkn Sy tuan sumbngan Sy xbsar nilai nya tp Sy iklas krna Allah taala doakn ksmbuhan spnuhnya pnykit ank Sy
0 orang mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik dan segala amal kebaikan diterimaNya. Doakan Fara Zawani Nava lulus temu duga SPP DG9 tahun 2025 dan berjaya di posting kan di samping ayah mama agar diberi peluang berbakti sehingga akhir hayat mereka. Aminn
Anda mengaminkan doa ini