PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Semoga Allah tempatkan Aulia Abd Aziz, ibubapa dan adik beradik, anak-anak menantu cucu cicitnya semua di syurga Allah, Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Semoga sumbangan kecil membantu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Ya Allah kurniakanlah aafiyah di dunia dan di akhirat kepadaku, ibuayahku, keluargaku, org2 yg aku syg, shbt2 serta semua muslimin dan muslimat, peliharalah kami dari azab kubur dan api neraka, aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Doakan sy sekeluarga sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Doakan sy dpt ank lelaki. Terima kasih

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan dan dilapangkan. Rezeki.. Anak-anak dan suami rajin solat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

5 jam yang lepas

Doakan sy & ahli keluarga disembuhkan dprd sgala penykit,dperluaskan rzeki seluas2 nya,dkurniakan wang yg berkah dan bnyk,dilancarkan sgala urusan,lunas sgala hutag,mati dlm keadaan husnul khotimah. Smga Ahmad Hayyat Aryan bin Ahmad Muzamir disembuhkan sgala penyakit dlm tubuh badannya dan semua anak2 sy mbesar dgn sihat & baik. Semoga Alias bin Senek dipulihkan penglihatnnya spt sediakala..aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: