PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga allah kurniakan sy dan suami rezeki anak

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga penghuninya sentiasa gembira. Semoga hajat saya untuk anak termakbul

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Doakan ku serta keluarga diberkati Allah SWT, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan... aamiinnn

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Permudahkanlah urusan kami dan limpahkanlah kami dengan rezeki yang banyak supaya kami dapat membantu insan yang memerlukan. Amin...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga dikurniakan kami dengan kesihatan sentiasa, dipertemukan dengan orang yang baik baik dan dipermudahkan segala urusan haji saya dan suami dimusim haji 2026 ini serta mendapat haji mabrur... Aamiin2.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Rahman ya Rahim.. Rahmatilah pengusaha rumah org tua ini..Ampunkanlah semua dosa dosa kami seluruh umat Nabi Muhammad saw.. sembuhkanlah ada diantara kami yg sedang sakit..murahkan rezeki mereka yg diuji kemiskinan ..berikan taufik hidayah buat anak2 kami yg Masih lalai..panjang kan usia kmi dlm ketaatan kpd Mu, jika smpai ajal kami matikan kami dlm husnul khatimah,masukkan kami ke dlm syurgaMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: