PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NURUL IZZATI SYUHADA BT ABDUL RAZAK

11 jam yang lepas

DOAKAN SAYA UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YG CEMERLANG DLM SPM2025 9A AMIN…

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau mudahkan segala urusan hamba2 Mu ini. Kepadamu kami serahkan segala urusan warga emas ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

SEMOGA Allah permudahkan segala urusan dan berjaya di dunia dan akhirat.. Terima kasih banyak kepada semua yang terlibat dalam kempen ini💓💓💕

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AHMAD SHUKRI WAHAB

12 jam yang lepas

Ya, Allah, kau permudahkan segala urusan penghuni penghuni serta pentadbiran rumah Nur Ehsan, permudahkan segala urusan ku serta anak anak ku, beri lah kesihatan yg baik kepada semua penghuni rumah Nur Ehsan serta kesihatan aku sekeluarga, jauh Kan kami sekeluarga dan juga penghuni rumah Nur Ehsan dari fitnah Dunia dan hasad dengki maknusia maknusia yg jahil Duniawi.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

12 jam yang lepas

Semoga atuk n nenek dirahmati Allah selalu. Amin yra🩷

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SAHAM AKHIRAT

12 jam yang lepas

Semoga kita semua dikurniakan syurga dan dipermudahkan urusan di bumi yang sementara ini. Semoga semua sihat sentiasa dan di bawah lindugan Allah sentiasa.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: