PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Ya Allah, sampaikan pahala dan kebaikan utk ayah bondaku. Bantulah aku untuk terus istiqomah melakukan yg kau sure dan meninggalkan yg kau larang. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUMTAZ AZZAHRA BINTI NORDIN

1 hari yang lepas

Semoga Noah Al Fateh dan Noora Alaana Fatma membesar menjadi anak yg soleh dan solehah, bijak pandai dalam bidang akademik dan agama Islam, mudah menghafal Al-Quran, sihat tubuh badan, dibukakan hati untuk menerima ilmu yg baik dan ilmu agama dan tertutup pintu hati untuk ilmu yg tidak baik. Aamiin.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Semoga tercapai dana untuk pembekian rumah ini dan semoga Allah murahkan rezeki semua orang dan dapat sama sana menyumbang walaupun sedikit.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

doakan untuk saya, Allah permudahkan urusan saya untuk dapat pekerjaan yang lebih baik, dikurniakan jodoh yang Allah redhai agar berlangsungnya sebuah pernikahan serta dapat menunaikan umrah pada tahun 2026 ini. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Doakan saya dan keluarga sentiasa sihat dan bahagia serta mengalir pahala dan rezeki yang halal tanpa putus di dunia dan akhirat. Semoga semua yang mengaminkan doa ini akan berbalik pada anda berlipat ganda lagi Aamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

Allah memberkati hidup penghuni2 rumah nurehsan dan diberi kesihatan yang baik. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: