PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NOR AZIZAH BINTI HASHIM

4 bulan yang lepas

Ya Rabb Engkau murahlanlah rezeki Sultan Johor agar dapat memberikan bantuan pada Bangsa Johor yang memerlukan. Kurniakanlah kesihatan dan amal berterusan untuk seluruh umat Islam di Malaysia, Aamiin3 Ya Rabbal Al'amiin🤲🏻

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SARIMAH ABDUL SAMAD

4 bulan yang lepas

moga Allah merahmati ibu bapa ku dunia akhirat

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Doakan Allah redho pada saya Dunia & Akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MASRINA BINTI JASIN

4 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati oleh Allah..InsyaAllah..Amiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga usaha ini dapat lebih banyak perhatian dan semoga Allah permudahkan segala urusan penganjur dalam membeli rumah ini dan juga dipermudahkan segala urusan kehidupan para penderma sekalian. Aamiin yaa rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Doakan saya dimurahkan rezeki untuk bantu mak saya selesaikan hutang2 nya dan saya dapat menjaga mak saya dengan paling yang terbaik hingga akhir hayatnya. Doakan kekuatan untuk saya kuat dengan segala ujian. inshaAllah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: