PEMBINAAN SURAU DAN ASRAMA PELAJAR

Dimulakan pada:
22 Feb, 2021
PEMBINAAN SURAU DAN ASRAMA PELAJAR
75.93%
RM759,309
/RM1,000,000
37238
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah SWT.Kami bagi pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah SWT.Kami bagi pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah akan membina kediaman guru dan asrama yang baru, kerana asrama y...
Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah SWT.Kami bagi pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah SWT.

Kami bagi pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah akan membina kediaman guru dan asrama yang baru, kerana asrama yang sedia ada tidak mencukupi bagi menampung penambahan pelajar pada waktu ini tambahan pula untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Untuk fasa seterusnya adalah pembinaan musollah dan pembelian pengangkutan (van) untuk kegunaan aktiviti para pelajar.

Dengan itu, kami berharap jasa baik muslimin muslimat yang dermawan untuk menghulurkan sumbangan demi melaksanakan tujuan yang murni ini.
Firman Allah SWT dalam surah saba' ayat 39 yang bermaksud:
“ Dan apa sahaja yang kamu infaqkan Allah akan menggantikannya. Dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. ”

Jasa dan bantuan muslimin muslimat kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan semoga memperoleh keberkatan serta amal jariah yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di bawah :
0108012957 / 0133031989

Laporan Kempen

25 Apr 2022

Update Progress Pembinaan Surau Pelajar & Rumah Guru Maahad Tahfiz Al Quran Darul Falah


Alhamdulillah pembinaan Surau telah mencapai 60% siap dan Rumah Guru sudah 80% siap. Semuanya hasil sumbangan penderma-penderma yang murah hati. Semoga Allah swt membalas jasa baik kalian semua. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin Ya Rabb. 


Surau ini akan kami guna sebaik-baiknya, ini adalah amanah orang ramai kepada kami untuk menjaga rumah Allah ini sebaik-baiknya. Insyaallah selagi mana surau ini kukuh untuk didiami, selagi itulah kami akan gunakannnya, mungkin 100 tahun mungkin lebih dari itu, insyaallah.


Di sini Ustaz sertakan beberapa gambar terbaru di Maahad Tahfiz Al Quran Darul Falah



Jangan berhenti menyumbang kerana kami masih memerlukan support dari anda semua para penderma yang dermawan, kami memerlukan support dari anda semua untuk menyiapkan pembinaan ini semua, Insyaallah, semoga Allah swt merahmati anda semua. Amin Ya Rabb

18 Feb 2022

Update Progress Pembinaan Surau Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Darul Falah


Pembinaan surau pelajar kini diperingkat permulaan iaitu konkrit lantai (slab) dan juga konkrit tiang sedang dijalankan. Insyaallah, dengan sumbangan ikhlas dari para dermawan di luar sana, rumah Allah ini akan dapat disiapkan tidak lama lagi. Teruskan menyumbang agar pembinaan ini dapat disiapkan secepat mungkin. 









18 Feb 2022

Alhamdulillah pembinaan rumah guru kini giat dijalankan. Pembinaan rumah guru ini adalah penting memandangkan lokasi maahad kami agak pedalaman, jadi guru-guru tidak perlu lagi berulang alik jauh apabila rumah guru ini nanti siap dibina. Teruskan menyumbang agar projek pembinaan rumah guru ini dapat disiapkan sepenuhnya.










24 Nov 2021

Video kerja-kerja yang sedang dijalankan





Pihak Maahad masih kekurangan dana untuk menyiapkan semua pembinaan ini. Justeru itu, pihak kami berharap para penderma yang dermawan untuk terus menderma kepada pembangunan Maahad Tahfiz Al Quran Darul Falah. Semoga Allah swt merahmati anda semua

24 Nov 2021

Perkembangan terbaru pembinaan yang sedang dijalankan di Maahad Tahfiz Al Quran Darul Falah Sungai Besar Selangor 



22 Jun 2021

Kerja kerja pembinaan terkini. Duit sumbangan andalah yang membuatkan projek ini dapat berjalan. Tetapi dana kami masih tidak mencukupi, jika tidak dapat dana dalam masa yang terdekat, Ustaz terpaksa hold fasa seterusnya. Semoga anda dapat terus menyalurkan sumbangan anda supaya projek ini tidak terhenti



Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2022
AFFIAINE AHMAD
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Others

Kempen yang mungkin anda berminat

SUMBANGAN AL QURAN UNTUK PELAJAR MAAHAD AL BAHJAH
INFAQ PEMBELIAN TANAH BAGI KEMUDAHAN RIADAH ANAK TAHFIZ
1 BATU BATA 1000 HARAPAN BINA MASJID UNTUK UMMAH
REBUT PAHALA INFAQ BEKALAN IKAN SEGAR
RAIH PAHALA DENGAN BANTU UTILITI BIL AIR MAAHAD TAHFIZ 2026
Kempen Sumbangan Tamat